Esok raya haji. Thanx Allah, kerja aku walaupun tak siap sepenuhnya tapi dah banyak pengurangannya. Tergerak pulak hati nak merangkap isi hati di sini. Yelah, esok... aku akan pulang ke kampung halaman lahirnya ayahku, di Gurun, Kedah. Dah lama betul aku tak menjejak kaki ke sana... mau-mau hampir menjangkau 5tahun agaknya... huhuhu.
Bercerita tentang persahabatan, lepas lawatan tak rasmi aku ke beberapa blog and site pages kawan-kawan... terdetik aku teringat akan beberapa hati yang aku definisikan sebagai sahabat... yang pernah aku definisikan, masih terdefinisi, atau mungkin juga mereka hampir untuk didefinisikan. (Apekah?!) Sahabat, berat pembawaannya berbanding rakan, atau kawan, atau teman, atau fren, atau colleagues... atau apa sahaja yang menghampirinya tetapi berlainan pula pemahamannya. Disebut sahaja dah terasa beratnya. Apetah lagi bila terpikul di atas bahu.
Terlintas bagaikan roket meluncur di angkasa, akan peranannya yang didefinisikan sahabat. Baik di pihak aku, mahupun di pihak yang satunya. Apakah sahabat untuk berkongsi semuanya? Apakah sahabat untuk telus kepada segalanya? Apakah sahabat tempat teduhan atau persinggahan atau pelabuhan? Benarnya, apa yang dipilih hati, itulah yang ditaburi janji dan dikotakan aksinya. Jika tolak ansur bukan kunci saling memahami, dan merajuk itu sering menjadi pemisah hati... manakah letaknya nilai sesebuah persahabatan itu, kan?!
Hari ini, aku cuba mengambil berat perihal seorang sahabat. Namun, jika sahabat itu dari apa jua yang kudefinisikan di atas nun, dia mungkin hanya kawan~! Suatu ketika dulu, aku kenal dia jauh. Dan takdir menentukan kami akhirnya rapat berdua. Mungkin ada ketidak-serasian yang nyata antara kami pabila keakraban itu merenggang dengan beredarnya masa. Ya, memang aku pernah menyakiti hantinya. Mungkin itu yang merobek ikatan kami menjadi perca. Tapi, kematangannya membuatkan aku percaya, dia mampu bersikap telus dan tulus denganku. Namun, kehadiran detik hitam itu seakan mensayupkan lagi kami. Aku akur. Cuma sedikit berat hati pabila ketidak hadirannya menjadi perbualan teman-teman lain, menjadikan aku kaunter pertanyaan tak bergaji pula. Bukan aku tak ambil tahu, bukan juga aku tak cuba menebus kekasaranku. Tapi mungkin dia terlalu fragile. Atau aku yang keras seperti batu di cenuram?! Kembali.. hari ini, aku cuba berbual di Messengger dengannya. Tapi, bagaikan hambar. Adakah kehadiranku menambah kegusarannya? Aku cuma sekadar ingin bertanya khabar. Dan menyampaikan utusan hati ketua kami. Tapi, jawapan yang aku terima, mengecewakan. Kebetulan... talian internet putus dipertengahan perbualan, dan aku terus tak kunjungi lagi windownya.
Susah, susah. Hati ini ingin mengambil berat, tetapi... sanggupkah aku membebani perasaanku yang baru sahaja dipulihkan? Adakah aku bersedia andai aku terjerumus lagi...? Apakah tiada kait-maitnya kisah ini dengan kisah lampauku? Dengan pertikaman lidah itu dulu?
Lalu, aku pohon maaf darinya. Aku tak mampu mengungkap kata di jari apetah lagi di bibir kerana aku pasti dia akan terluka. Aku terpaksa membiarkannya sendiri. Maafkan aku, kau yang bergelar teman-sahabat. Aku sedia menjadi bahumu andai kau memerlukanku. Tapi untuk aku mendengar ceritamu dengan perlu desakan dariku, aku rasa kau lebih senang bersendirian daripada mendengarku.
Hurm.... bila itu dipanggil persahabatan, terlalu banyak perlu kau pertimbangkan........