Saturday, March 28, 2009

Hard Time

Sekali lagi aku terpaksa berhadapan dengan masa yang ~!@#$%^&*()_+ dalam hidup aku.

28hb Mac 2009. Awal pagi aku dah bangun. Walaupun seisi rumah masih lagi sedap dibuai mimpi dalam kesejukan pagi di Lembah Jaya Utara, Ampang, tapi bukan aku. Semalam, aku akui memang susah nak lelapkan mata. Babe paksa aku amek ubat lagi. Nak tak nak, aku amek la jugak sebijik Paracetamol. Terima kasihlah sebab ubat tu akhirnya buat aku terlena. Tapi, aku tetap berjaga di pagi hari sedangkan hari ni hari Sabtu dan aku tak perlu kerja. Kenapa aku terjaga? Sebab ada sesuatu yang bermain-main dalam fikiran aku. Bukan sesuatu, banyak-tu! Pagi ni, ikutkan aku kena pergi bayar duit tuisyen aku kat Institut Generasi pukul 9 lebih. Lepas tu, aku ada temujanji dengan KOBENA pukul 11. Tapi sebelum tu, aku kena hantar dulu hadiah yang Boss suruh aku siapkan untuk bagi pada Kedutaan Bangladesh. Memang aku dah siapkan dah semua tu. Malam semalam pun aku dah amek neck-ties daripada Eta kat rumah dia. Dah siap balut, cun masuk dalam beg. Boss suruh aku hantar kat ofis. Tapi macam malas lah kan. Aku SMS Boss & Nick. Nick kata semalam, nak amek kat rumah aku. Tunggu punya tunggu.... Nick telefon gaklah aku lebih kurang pukul 9 lebih. . Dia soh aku datang ofis, memang tak rajinlah aku. Aku soh dia plak datang amek kat rumah Ampang. Dengan satu harapan, aku dapat jumpa dia jugaklah, at the same time. Yes, memang dia boleh datang. Tapi... WTF! Sumpah hati aku macam kena pijak-pijak masa aku dengar ayat dia. Putuskan line, aku macam tak boleh nak bendung lagi bebola mutiara jernih aku... dan ia jatuh menitis juga di hadapan Babe. Aku tak pasti kenapa aku menangis.... tapi aku.... Sesungguhnya aku sakit hati waktu tu! Malas aku nak cerita kenapa dan mengapa... aku pasti korang yang tau, tetap akan tau apa aku rasa. Okay, I datang amek dengan Tina.Lepas semua yang perempuan tu buat kat dia, dia masih lagi bagi peluang. Dan ini bukan kali pertama sejak aku bersama dengan dia. Aku tau,orang sekeliling aku akan mati kata dengar benda ni. Tapi aku tak boleh bendung perasaan aku. Aku sayang dia. Aku tau aku akan sakit hati... dan aku dah sakit hati berkali-kali. Cuma, aku macam tak boleh nak tolak cinta kat hati aku. Sayang aku yang makin hari makin memuncak. Rindu aku yang saban hari makin menggunung. Demi Allah, aku teramat cintakan dia. Amat, amat.

Malas aku nak cerita pasal tu lagi. Buat serabut otak aku.

Aku pergi KOBENA bertemankan Babe. Untung Ampa & Nina sudi nak hantar lepas terpengaruh dengan pujukan aku makan kat Kg. Baru. Aku agak cool hari ni. Pakai pun, sempoi gila. Yelah, sebab Boss-to-be aku pun dah kata. He will be in his short bermuda on Saturdays. Jalan-jalan, naik tangga... aku sampai kat bilik KOBENA-Optra. Masuk dan duduk. Seorang yang aku tatau nak panggil apa, tapi berkemungkinan besar nama dia Cik Zul (sebab dia yang call aku untuk confirm-kan appointment). Dia mintak aku isi borang. Lorgh, mintak kerja kah aku? Aku pun isilah dengan rela hati. 3 kali kena isi nama penuh dalam borang tu. Pastu, macam biasalah. Butir-butir diri anda. Sumpah aku tak sangka itu adalah TEMUDUGA! Dan aku tidak ada apa-apa persediaan pun untuk itu. Dahlah resume ke, kerja-kerja aku ke, aku tak sempat nak print out memandangkan aku MC day before. Masa aku sebok isik borang temuduga tu, Babe sebok jeling semua kertas-kertas tertampal kat dinding ofis KOBENA tu. Dan pandangan mata dia terjatuh pada... MUHAMMAD ISHAK BIN xxx , Ketua Pengarah. Damn it! Selama beberapa kali ni, KP KOBENA sendiri ke yang berbual ngan aku. Dan aku dengan selamba buat lawak-lawak sengal ngan dia. Choi! Sungguh memalukan~! Jom lompat kat pengalaman aku disoal jawab. Terus-terang kata, kalau nak beza aku ngan Babe or aku ngan Ampa or ngan Nina... aku memang kurangggg gila pengalaman di-interview. Aku interview orang selalulah, kat ofis. That 1st guy I saw when first entered the room, betullah Cik Zul. Dan Cik Ishak, aku cuma dengar suara dia dari dalam salah satu bilik kat situ. Bila keluar je dia... sesungguhnya dia sempoi. Di luar jangkaan aku. Dua-dua pun kacak, bergaya macam orang muda. Aku agak, umur diorang dalam 40-an. Tapi dia kata dia 30-an... hahahaha bagi chance lah Uncle :D

Sesi itu berjalan dengan tenang. Diorang cerita tentang apa yang dirang rancang dan buat. Apa KOBENA, dalam ringkas. Dan apa yang diorang cari. Seorang penulis. Aku diberitahu, ada 15 calon yang akan dan sebahagiannya telah ditemuduga. Dalam reramai ni, diorang akan pilih hanya 5 orang. LIMA SAHAJA. Oh takutnya aku dengar. Aku dengan tak ada experiences, fresh entry level. Nasib baiklah aku tetap ada points bila cerita pasal bidang penulisan yang pernah aku buat dalam hidup. Fikir punya fikir, banyak jugaklah kerja-kerja penulisan yang aku tak sengaja terlibat, dan aku terlibat. Masa kat sekolah, artikel yang aku hantar selalunya mesti dipilih masuk dalam majalah tahunan. Masa tunggu SPM, aku pernah masuk pertandingan FOMCA. Tapi tak menang lah, cuma dapat sijil. Lagi, cerpen aku pernah disiarkan kat Remaja masa aku kat MMU dulu. Diorang suruh aku cari cerpen tu, apakah aku akan jumpa? Susah gak sebab kebanyakan hasil karya aku dah dimakan anai-anai. Softcopy pun, dah terbang bersama CPU yang telah hancus dan hangus. Kerja-kerja terbaru aku pulak, dah hilang dibawa sang penyangak dengan laptop yang dicuri. Macam mana aku nak buktikan kat diorang ne? Sedih nya!

Tapi aku dipaksa-rela bagi link blog ni. Walaupun aku malu nak bagi sebab kebanyakan posting aku ialah cerita pasal hidup aku... where they can easily access my personal life history... tapi belasahlah. Demimu KOBENA. Kahkahkah. Diorang bagi aku satu simple task, buat short essay pasal WANITA CEMERLANG MALAYSIA. Dalam Bahasa Malaysia. Sumpah aku telan air liur. Bukan aku tak tau tulis dalam BM... or bukan aku takde idea... tapi aku tatau nak cerita pasal siapa. Bila aku ditanya, Siapa wanita idola U sekarang? Politician... or anyone. Aku sesengih. Bleh ke aku jawab, aku takde idola perempuan. Nak jawab politician, memang jauh sekalilah sebab aku memang menyampah ngan ahli politik ne. Nak jawab artis, Cik Ishak dah buat muka. Last-last Cik Zul jawab, ur mom?! Aku gelak dan angguk. Yeah, she's the only idol I have in life. Keluar daripada KOBENA tu, baru aku terfikir... Tun Dr Siti Hasmah!!! Yeaaa aku kagumi dia! Cuma aku memang tak teringat langsung kot tadi! Rugi banyak points lah aku ne :( Kecewa gak aku ngan diri aku yang tak bersedia sungguh-sungguh ne!

Lepas KOBENA, aku ajak Babe hang out kat KLCC. Aku nak belanja dia makan Chillis. Tapi kitorang bukan makan kot, MENTEKEDARAH! Memang patutnya aku janji dengan Nick untuk pegi sesama, reramai. Tapi aku malaslah nak menaruh harapan yang tak tau hujung pangkal ne. So sementara aku ada duit gaji lagi ni... baik aku pegi dulu. Tengah sengal-sengal otak ne... mesti aku makan banyak. Tapi tak banyak mana la. Sebab ketamakan kitorang, meal semuanya tak abis. Huahuahuahua. Tak kesahlah! Yang penting Babe enjoy the meals. Tinggal satu je lagi janji aku, nak tengok wayang. Yang ni, maybe aku reserved untuk tengok citer Jangan Tegur. Lantaklah Babe takut ke tak ke... aku nak gak tengok cerita tu! Dan sekarang, aku lepak kat Satrbucks. Sambil-sambil cek email. At the same time, aku pun kena follow-up online job aku ngan a4trip.com jugak. Pin mesti harap aku dah dapat jawapan. Tapi hampeh! So, aku email lagi skali. Dengan lebih terang tentang apa yang kitorang nak buat.

Waktu susah ke aku sekarang? Taklah. Aku cuma nak penuhi masa lapang aku yang terlalu lapang sambil buat duit. Bukan gaji aku tak cukup... tapi daripada aku asik habiskan masa buat bebenda bukan-bukan... baik gak aku buat sesuatu untuk hidup yang lebih baik. Daripada aku terus berpoya-poya, sepertimana yang dikatakan oleh Cik Ishak masa interview tadi, baik aku sebok-sebokkan diri aku. Aku harap sangat aku dapat job dengan KOBENA ne. Aku harap jugak aku dapat jadik sebahagian daripada team Pin yang nampaknya bersungguh-sungguh buat online business. Kalau semua ne menjadik, aku boleh quit daripada kerja full time. Then aku boleh pegi tuition centre memana pulak untuk jadi cikgu. Aku sakit jiwalah nak kerja ofis ni. In addition to.. aku nak cari ruang untuk aku menjauhi Nick Chang. Aku tau, selagi aku kat situ... aku takkan mampu lari dari cinta dia. Cinta kami. Oh Tuhan, betapa aku harapkan perubahan untuk diri aku belum terlambat bagi tahun 2009 ni.

Penat Babe berusaha pakai HTC mobile aku untuk online. Tapi dia lagi gemilang kot daripada aku :D

Kenapa aku tulis dalam BM kali ni? Sebab..... sebab aku kena tulis untuk KOBENA tu dalam BM> Jadi, aku cari mood lah kan. Kang kalau takde mood, jadik macam surat pulak esei aku nanti. Hukhukhuk. Sumpah kelakar.

0 Paint Spots: