Sunday, March 29, 2009

Lepak lagi....

Semalam lepak.. hari ni lepak. Apa la nak jadik ngan aku ne. Keje melepak je... buang masa. Tak jugak buang masa. Buang duit... hurmss itu mungkin. Tapi aku tak bolehlah duduk rumah. Aku rimas. Banyak sangat benda yang bermain-main dalam fikiran aku. Saket jiwa, saket kepala memikirkan. Asik terasa nak menangisssss je. Kenapa aku nak menangis??? Sebab ada SATU perkara penting yang aku dah separa decide untuk hidup aku. Cuma aku kurang pasti, ye atau tidak keputusan aku tu. Bila aku cakap dengan Babe, Babe kata... itu keputusan aku sorang. Maknanya tu belum keputusan. Tapi aku macam agak nekad lah kot. Kenapa aku kata aku nekad?? Sebab aku asik-asik nak menangis... menangis mengenangkan aku yang dah KEMBALI single. Ye ke aku single? Ye, KOT. Jiwa aku meronta-ronta nak lepaskan cinta dalam genggaman aku sekarang. Walaupun aku tau dan aku pasti, hakikatnya tak mungkin untuk aku berjaya lakukan kalau cuma aku yang berusaha untuk itu.

Balik-balik cerita pasal cinta. Cinta, dan cinta. Stupid lah! Boleh tak aku nak hidup setahun tanpa mencintai memana lelaki pun??? Tapi mampu ke aku hidup tanpa cinta? Okaylah. Hari ni aku lepak Old Town White Coffee ngan Babe. Memula tu kitorang keluar makan. Hujan lebat ya rabbi time elok je kitorang memasukkan diri dalam cab. So daripada plan nak lepak terus kat OldTOwn, kitorang ghi layan McD kat Ampang Point dulu. Hampeh... sokong Israel la plak aku arine! Tapi sumpah tengok Kak Tinie makan McD, kitorang terasa nak makan McD gak. Aku pilih Big n' Tasty meal set which is really big, and tasty. But aku rasa lagi sesuai namanye, Big n' Fatty! Tak abos pun aku makan. Sebok tengok orang MAKNA buat promotion tapi kurang mendapat sambutan. Sebok ngumpat orang-orang keliling... which is our main hobby during eating hours in restaurants. Lepas tu, hujan reda... barulah kitorang sampai kat sini. Selalu lepak atas tak dapat line, so kali ne lepak bawah plak. Laju siot! Patutlah orang online ske lepak kat bawah.

Aku cek email aku. Viewing if there is any reply mail from the Phuket's web administrators. Malangnya, NONE! Sungguh sedih. So, aku berfikir untuk jump kepada next tourism place which Pin had listed down in our mailbox. Leceh rupanya keje macam ne. Nak je aku tepon orang kat Phuket tu soh layan aku. Kahkahkah. Tapi takpelah. Aku ade siket-siket penyakit malas. Plus, aku tengah berfikir bila la pulak aku nak pergi bayar tuition fees Inst. Generasi ne. Hampeh sungguh lah aku ne! Aku macam... macam nak carik keje lain. Tapi bila aku terfikir untuk ne je, mesti tengah saat-saat genting kat ofis. Macam tak baek pulak aku tinggalkan company time-time macam ne. Boss pun dah tau aku nak sambung study. Siap green light lagi aku nak cuti every Saturdays walaupun kalau ofis berbalik to former schedule which is to work on Saturdays. Entahlah.. aku ne banyak sangat terhutang budi dengan Boss & Ma'am. Kalau setakat aku fikir Mr.Director, baik aku quit dan carik keje lain but his works will be as part time job for me. Kalau fikir pasal Manager aku, lagilah aku terasa nak quit cepat-cepat. Supaya aku ada distance dengan dia. Supaya aku... STOP YELLING ABOUT HIM, Musfirah!!X!!

Uncle seblah meja ne nampak macam kaya-raya. Tapi ada pulak sorang Aunty yang cun dan bergaya bersama. Kalau tak, mesti aku dah jeling-jeling buat mengada-ngada. Kua kua kua.

Okaylah, aku nak start working. Working on what? On many-many things. Gotcha next time!!!

0 Paint Spots: