Monday, March 30, 2009

Made up decision. We broke up.

I've made up my mind.

Very early at 6a.m I was awaken by door knocking. Capai HTC mobile, aku terus SMS Sayang. But, he still kept himself silent. Hati aku berdebar-debar nak ke ofis. Sumpah, sangat menakutkan untuk face the fact. 'They' came together. In all black, both. Aku tatau kenapa, aku tak sanggup nak dengar pun suara dia. Macam hati aku meruntun-runtun nak menangis bila dengar sore dia. Lagi bila dia tegur aku. Okay, he's your manager. So, let's pretend cool and treat him like he was ONLY your manager. Tapi aku tak sanggup langsung nak bertentangan mata ngan dia. AKu cucuk earphone, on mp3 player and ignored everything. Dia usaha berkali-kali untuk bercakap ngan aku. Tapi gagal. Hari makin siang. Tapi jiwa aku malam, gelap tak cerah-cerah lagi. Macam ada awan mendung yang menyelimuti diri aku. I prefer to keep silent and did my works.

Lepas lunch, aku macam dah heal siket. Aku dah bercakap-cakap macam biasa. Kali ni aku tekad... aku akan SMS dia... lagi sekali untuk hari ni.

"Let's finish this. We need to talk...." And the sweet-cruel words went on. Still, no reply. Eisk ne yang buat hati aku tak senang ne. Aci tak mintak clash ikut SMS? Kalau cerai, memang tak sah. Tapi ne couple je pun baru. Dia masuk ofis lepas dah agak petang, duduk kat meja hujung and played his fav game. Memang hantu game! Dia mintak aku tulis satu surat untuk client dia. Kali ne, aku dah mampu tengok muka dia. New hair-do. But I don;t like it. I prefer the previous one. Aku cuba bercakap... Kalau U nak I buat surat ne, U pun kena buat keputusan U. Dia boleh buat-buat tak faham. Eta pun dengar, takkan dia tak dengar kot! Bedo'oh! That moment, the letter was ready in hand to handover to him. Aku paling dan signal mata kat dia... dalam erti kata mulut... So, apa keputusan U? Dia boleh lagi geleng-geleng kepala.

Okay, simple. We ARE FINISHED here. Officially, we have nothing from now on.

Aku paling dan seluk beg. Carik cigar and lighter, nak gerak ke belakang. Demi Tuhan, perasaan aku masa tu tak tergambar. Takut, cuak, tak berani... gelabah puyuh sumer ada. Aku bersuara lagi... kali ni, louder.

Kalau U tak boleh nak buat keputusan, okay! Biar I yang buat keputusan... as simple as that.

Dan aku berlalu pergi. Air mata aku mula bergenang. Sempat aku capai mobile dan terus bergegas masuk ladies. Sambil hidupkan api Malboro Light, aku dial number Babe. Right after I heard her voice, aku tak dapat bendung lagi air mata aku. Aku menangis... tapi belum semahu-mahunya. Aku menangis sebab aku kesal.... dalam keadaan macam tu pun dia tak mampu lagi nak bersuara. Dia ingat aku memain ke kali ne??? NO! Aku seriyes.

Lepas dah apa yang terbuku di dada untuk berhari-hari. Lega rasanya hati aku. Aku dah boleh gelak-gelak, dan berborak macam biasa ngan Eta ngan Noden. Ade Pak Itam ne bagus gak, bleh aku smashed siket-siket kat dia tu. Dia stoned, pura-oura kosentret main game. Walaupun hakikatnya, aku tau dia dengar semua conversation kitorang. Aku nak cakap thanks, tapi tak terluah. So aku SMS untuk kali ketiga hari ni. Saying my thanks to him, and sorry. Dan aku jugak nak dia tau, yang aku lepaskan dia bukan sebab aku benci dia atau tak sayang dia. Tapi sebab.... sebab aku terlalu cintakan dia. Terlalu... mungkin kehilangan dia aku tak berapa akan terasa sebab hari-hari aku still boleh tengok dia kat ofis.

Dia nampak tenang. Tapi dia dah mengaduh sakit kepala. Bila orang tanya kenapa tiba-tiba, dia kata aku puncanya. Aku cuma mampu tersenyum. Sakit kepala aku dah berhari-hari... baru hari ni reda.

Yang pasti, aku dah SINGLE and FULLY AVAILABLE sekarang. Cuma, aku sangat takut. AKu takut dia akan pujuk aku. Dan paling aku takut, aku akan termakan pujukan dia :( Hari ni aku selamat, sebab dia takkan dapat call aku kerana berkepit ngan bini dia. Tapi esok, sumpah ngeri. Kot tetiba dia ketuk umah aku ke... ke kot tiba dia buat ape-ape. Sumpah mnakutkan... TIDAKKKKKKKKKK!

Eh Zack budak poco-poco tu called. Dia kata dapat number aku dari 17. Tapi dia interested into Babe. So, aku takmolah kaco line. Lagipun aku kan dah attached ngan 17. Kuakuakua... Sudah sudah. Malas aku nak cerita apa-apa lagi. Malam ni aku nak tedo nyenak. Aku harap aku takkan menangis... aku ne selalu lagging sket bab-bab frust ne.

Ape-ape pun tanak type dah. Penat!

2 Paint Spots:

Babe said...

Im proud of u...
U're stronger that u thought.

Kupu-kupu Cinta said...

hahahaha.
yesh if u can see from the physical appearance :D