Wednesday, May 6, 2009

. h a r s h .

jenuh aku arine. sepanjang hari aku sebok memikirkan tentang PELETAKAN JAWATAN aku sebagai ADMINE XEC kat opis tu. keje admin pun nak risau-risau. aku pertimbang banyak benda... especially dari segi $$$. tapi aku tekad jelah. this isn't really money matters... this is all about finding myself in my own ways. aku pernah cuba sekali, tapi aku ada back-up FAMA masa tu. so aku still hidup dan menggemok. kita try kali ni... kotaku boleh kurus dan slim dan menjadi lebih MANUSIA ke kan?!

aku shared decision aku with kekkam, as the first person. then with the rest, except for abang. abang, is in different case. i seeked for her advice. i know she supports me in any decision i make. quoting her common phrase to me: i've seen you in many potential ways to be well developed. go and find yourself outside! i believe you will be greatly successful. dan sekarang, aku nak ikut cakap dia. bila dia soh aku pikir panjang, penyelesaian aku cuma sujud memohon dariNya. dan aku tak nampak apa-apa halangan pun untuk aku lepaskan kerja aku sekarang. even, am liked relief everything. aku dah tender resign, officially. tapi sebab aku malas nak cakap-cakap, aku letak je surat tu atas meja boss. bila dia balik... eta lah yang jadi pelapor aku. reaksi dia.. berapa kali dia baca, macammana rupa dia? aku cuma intai-intai dari sebalik monitor. sumpah cuak jugak aku time tu.

bila terpandang muka eta, aku terasa kesian. pandang muka penny, aku terasa bersalah. pandang sayang... aku rasa itu je pemberat aku nak tinggalkan company. untuk lain-lain reason, hanyalah bila terkenangkan slip gaji aku... ditambah dengan hutang-piutang aku... dan bla bla bla. tapi ngak apa-apalah. bila lagi mau buka langkah kalau asik nak bertangguh. setiap apa yang kita buat, mesti ada risiko. kalau aku terus stay, risiko aku adalah M16 yang sentiasa berada tepat dituju ke kepala aku setiap hari bekerja. dan bunyi meriam yang tak berhenti-henti meletup memusnahkan tahi telinga aku... risiko bila berhenti, $$$ dan cabaran berapa lama aku kena menanam anggur.

tapi, tak habis berdebar aku tunggu 'panggilan maharaja'... aku digesa dengan satu lagi 'panggilan hangat'. manager aku called dr klia. aku missed out satu important documents untuk bawak pekerja myanmar yang baru sampai tu keluar. member dah sikit punya bengang... so sebab aku tau aku salah.. walaupun ni kerja eta, tapi aku yang double check dan aku yang tak bebetul check... aku offer diri untuk hantar smpi klia. sambil-sambil boleh lari dari rumah dan....... jumpa kekasih hati terchenta aku yang tengah 'panas' tu. aku sok-sek ngan penny, dan cepat-cepat cabut. rushing kejar train. kena pulak, hp call barred. belom release, tapi dah sempat buat payments. aku cepat-cepat lari dengan........ jacket Guess yang tebal, rambut yang ntah haper-haper mcm pompuan gila... dan HIGH HILLS! perfecto! belom pun sampai lrt station, manager aku (waktu ni dia memang cuma seorang manager kerana....) called. dan dia pun mula memaki seranah aku berbakul-bakul. dia kata aku tak pandai buat keje, tak boleh pakai... suka buat kesalahan ulang-ulang... menyusahkan sebab dia kena tunggu lama. waktu tu.... Tuhan je yang paham hati aku. dahlah period, over sensitip. air mata aku bergenang. aku diamkan aja dan aku teruskan perjalanan. dia hang up phone dengan keadaan masih BERAPI!

baru sampai chan sow lin, dia dah call lagi. tapi kali ni, guna phone line 'special'. mungkin ada usaha nak pujuk.. tapi hati aku dah tersayat-sayat macam daging salai dah pun. aku lagi banyak diam. cuma tinggi sikit suara bila dia pepandai nak aturkan aku naek ape ke mana, ke mana. sekarang ni, i yang nak hantar document tu, dan i jugak yang naek tren. u tunggu je. aku plak jadi emosional tak pepasal. kalau boleh time tu aku nak je panggil superman ke, ultraman ke, soh bawa ku terbanggggg (macam lagu). tapi, tu semua cuma dongengan kepala aku je. tepat-tepat je turun kat bdr tasik selatan, aku ngam-ngam terlepas satu klia transit. maksudnya, aku akan delayed perjalanan itu... 30minit lagi. glups... memanglah aku akan terus dimaki. phone still kena barred. aku terus rush to counter, and beli ticket. RM26.50 to klia. shit! aku dahlah sengkek tahap cipan merangkak!!!! selang 2, 3 minit aku jeling jam. terasa sangat lambat masa berlalu. sibbaik, tetiba phone line aku dah okay. aku pun terus call Babe. of course Babe will be the first person... sebab dia je yang akan layan prasaan tak tentu arah aku time-time macam tu. sebenarnye babe, i was crying while talking to u. air mata i ne jatuh gaklah 2,3,4 titis... tapi malas nak dilayankan. perasaan geram tu mengatasi segalanya.

kot ye pun dia marah, sampai hati dia maki aku macam tu sekali. dengan suara kuat... dia tau aku tak boleh kena tengking-tengking macam tu. kalau aku tak sayang dia... dan aku tanak pun layan masalah dia tu.. boleh je. tapi sebab aku pikir.. oh bolehlah aku dating ngan dia kat klia. sebab tulah, aku offer diri pergi. elok je masuk erl, dia call lagi. tanya kat mana, berapa lama lagi nak sampai. aku tatau nak cakap. akak counter tu kata 30minit. eta kata 15 minit. to play safe, aku cakap tatau. aku pun takde mood nak cakap bebanyak ngan dia. dahlah aku comot macam haper. sibbaik air-cond erl tu... sunguh nyaman! tak sia-sia bayar mahal. gatal jari aku, aku sms dia. sorry, i memang tak guna. tak boleh pakai. tak pandai buat kerja. sebab tulah i berenti kerja. dan bla bla bla. dia called lagi. aku angkat tapi ye tak ye je jawab. aku takut dia marah aku lagi. so, aku pilih untuk diam lagi.

dah lepas salak tinggi, one more station to go. aku pandang muka aku kat cermin. COMOT NYER!!!! sikat tak bawak pulak. aku sisir rambut ngan jari, ikat elok-elok. tepek siket loose powder kasik tak minyak-minyak sangat. terasa dull, i put on lipstick. see, betapa aku menjaga personaliti aku spy dia sentiasa tengok aku yang cantik.... walaupun takdelah cantik manapun saya. sampai je, aku rushed naik 3rd floor. sambil cakap tepon ngan Babe, sebab nak ilangkan nervous. jengah kiri, jengah kanan, selit cecelah orang.. finally aku nampak gak dia. damn! u're so cute! dengan shirt yang dh tug-out, beg yang dibawak sling, sambil pegang phone and jengah-jengah gak cari aku... gotch! comelnya dia!!! dia terus terpa kat aku. sempat jugak membebel, aku tak angkat muka pun. sudahlah.. senyumlah sayang. aku malas nak layankan, aku cakap aku nak balik naik tren. tunggu i. aku geleng. tunggu i, jangan balik sendiri. aku geleng dan nak pusing badan. dia grab tangan aku. i kata tunggu i. tunggu dekat sana. jangan pergi mana-mana. tunggu i call u. aku telan air liur, terus angguk bila dia naikkan suara. tapi i nak makan... dia tunjuk arah Burger King and went away. tak sampai ati pulak aku nak makan, sebab aku tau dia pun mesti tak makan.

haa... inilah kelemahan aku. aku akan ikut jugak cakap orang yang aku sayang... mungkin atas dasar takut yang datangd ari rasa hormat. aku pusing-pusing arrival area tu. from shop to shop. last-last singgah beli air dan chocolate bar. makan-makan sambil surfing guna HTC Touch kesayangan aku tu. baru aku nak jeling-jeling mamat keje KLIA tu.. dia dah called. mana u? jom balik. dalam 'van pekerja' itu, tak banyak aku berkata-kata. aku lagi banyak diam, dan memasamkan muka. bukana ku tanak senyum.... tapi macam.... macam..... eeeeeee! haa macam tu laa prasaan aku. macam.... eeeeeieiiiiiieieieieieieieieiieieieiei!!!! tetap, aku offer dia air, bagi dia choc. tanya dia amkan tak.. n soklan-soklan berupa soklan caring about him. har har har. kelemahan aku yang menjadikan lelaki lemah kat aku jugak kot. ikut trick mama.

sampai maluri, aku uturn kat jusco. bos ade kat ofis, so aku malas nak sua muka. penat jenjalan, dia pun called. soh aku naek gak ofis tunggu dia abiskan keje. kali ni, aku akui yang aku cair gak ngan dia. last-last aku gelak jugak... lepas dipujuk-pujuk. afterwards, lepas tunggu agen lah.. apelah... kitorang pun balik. aku ajak dia makan, sekejap je. pastu dia nak hantar aku balik rumah. dalam pjalanan, aku pun tak banyak cakap. bezanya, kali ni sebab aku dah letih dan mengantuk. so aku biar dia bebel sorang-sorang sambil baring atas pangku dia. menyusahkan orang nak driving je... kot ye pun nak mengada-ngada. alah bukan selalu.... dia banyak cakap pasal hati. pasal 'cerita kami'. dan aku macam biasa... akan terus menaruh harapan yang tinggi kepada cerita-cerita dia tu.

sampai rumah, dia bagi aku sweet good night kiss kat pipi satu, kat dahi satu. aku cuma sempat pesan.... sayang, esok u amek gambar hensem-hensem okay. dan esok... BF aku, merangkap kekasih hati aku.. chenta aku, buah hati pengarang jantung aku... akan ade photography session bersempena dengan upcoming wedding nya. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dapatkah kalian fahami perasaan aku ketika aku menulis blog ini????? aku tengah menghitung masa duduk di ofis tanpa dia.... sedihnya!

persoalan dari 'cerpen kisah benar' aku kali ini......

adakah aku betul-betul cinta dia? sanggup ke aku tunggu dia? bertahankah aku nak terus dibayangi cerita cinta 3 segi ni????

0 Paint Spots: