Sunday, August 23, 2009

.ramadhan.

salam ramadhan 1430H untuk semua kaum muslimin dan muslimat.

alhamdullilah, dapat lagi aku bersua dengan ramadhan yang mulia ini. biarpun dalam keadaan serba kekurangan, tapi aku pasti inilah masa terbaik untuk aku memperbanyakkan amalanku, mendekatkan diriku kepada-Nya, kembali menuntut ilmu mengisi kekosongan hati dengan cinta kepada Islam. aku amat-amat berharap, dan aku doakan ramadhan kali ini akan lebih baik daripada yang sesebelumnya. aku berdoa dan memohon kepadaNya.

biarpun di kala hatiku kepedihan kerana kekecewaan, tapi aku tak akan benarkan ia menyelubungi keindahan ramadhan ku. telah aku pilih ketika ini untuk berdepan dengan kenyataan, maka aku pasti aku boleh berhadapan dengannya. segala dugaan dunia cumalah untuk menyaring aku meniti jambatan menuju ke pintu syurga.

jauh di lubuk hati, aku acapkali berdoa agar ramadhan ini akan mengisi kekosongan hati aku dengan seribu keinsafan dan kemaafan dan kepatuhan dan ketaatan dan kebahagiaan dan KEIMANAN. insya Allah.

untuk semua, aku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala salah laku. semoga ramadhan kali ini akan menyinari keindahan masa depan kita, dunia & akhirat.

0 Paint Spots: