lama sungguh aku tak menulis. biarpun banyak yang terjadi, tapi dah tak mampu untuk aku kongsikan dalam blog ni. hidup aku yang penuh dengan terumbang-ambing sekarang ni... seakan mendesak aku untuk menjadi agak perahsia dengan perasaanku sendiri. kerja... sejak dibuang kerja aku pun agak mati kutu nak kerja apa. aku ada cuba buat few applications. tapi belom ada yang panggil. belum rezeki kot. susah nak cari keja yang kita mahu, dan kerja yang betul-betul mahukan kita. cina puaka, bos lama aku yang gila tu, baru sekarang dia nak admit yang aku ni cekap. huh! simpan jelah pujian dia tu dalam lemari besi opis tu. kesian jugak aku bila dengar cerita-cerita eta. apetah lagi cerita... si dia. cuma aku mampu suruh mereka bertahan je. tapi nampaknye sorang akan surrender. yang sorang lagi perlu lebih lama bertahan, sebab dia yang terkemudian sekali kan :D terfkir aku, MD aku nanti cemana. rasa macam nak je aku hasut2 MD aku soh terminate contract ngan cina puaka tu. suka betul dia merendah-rendahkan orang yang dah tolong dia terbang tinggi. dasar cina puaka tak sedar diri!
ok sudah! sudah tentang mereka dan ums.
aku... aku nak cerita sesuatu lah. tentang hati. baru-baru ni, kawan2 rapat aku ade kes lagi. ada perempuan ke3 wujud dalam relationship mereka. kebetulan aku kat hometown, so aku cuma di-update dari mulut-mulut mereka sahaja. yang pasti, bak kata Babe semalam dalam sms dia... dia takmau perkara macam ni terjadi kat aku. ye, aku faham. aku pun rasa bersalah, bersalah pada semua orang. sebab... akulah antara perempuan ketiga yang merosakkan kebahagiaan orang. aku dah cuba pulangkan... tapi aku tak berjaya. bila orang tanya, aku cakap aku cuma berkawan. hakikatnya... aku rasa aku semakin rapat dengan dia. aku sendiri pun tak faham dengan perangai aku. sanggup aku merampas kebahagiaan orang untuk kepentingan diri sendiri?! bullshit je rasa. bohsia! tu term masa budak2 dulu... (kena pulak aku baru habis tgk certa bohsia tu) tapi perangai aku dgn term tu tak jauh bezanya kot. apa lagi benda jahat dalam dunia ni aku tak buat? seterkutuk-kutuk wanita... malu aku nak berhadapan dengan realiti. tapi hakikatnya... akulah yang bodoh!
babe pernah tanya aku beberapa malam lepas. apa harapan aku pada dia. pada relationship kami. aku takde jawapan yang sahih. takut jugak aku bila terbaca email pasal persatuan murtad islam punye request. astagfirullah.... takutnya menjadi mereka2 yang ingkar di kala dunia semakin berpecah ditelan dosa dan kelaknatanNya! but when come to him... deep inside me, aku masih mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku. aku cuba jauhkan diri dari dia... tapi aku macam menjerat diri sendiri pulak kadang-kadang. nak tanak, aku ikat jugak cerucuk idung aku ke tali ekor dia... ikut mana dia pegi. sakit jiwa, aku dah lali kot. makan hati, kurang sket sekarang sebab aku cuba nak take things easy. tapi bila ngan babe... hish. thanks to her who concern so much about me. but am so much sorry...i can;t do what i say when it comes to him.
dah. sakit kepala kalau pk. aku nak siap2 mama nak berbuka. semoga Allah memberikan yang terbaik untuk aku, untuk dia, dan untuk kita semua.


0 Paint Spots:
Post a Comment